11 Jan 2009: Program Gotong Royong Perdana MPP Zon 13

Program Gotong Royong Perdana seluruh Selangor oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diarahkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Tarikh yang dipilih adalah pada 11 Jan, 2009.

MBSA pula telah mengarahkan semua 24 MPP di dalam Shah Alam untuk menganjurkan gotong royong perdana ini pada tarikh yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

MPP Zon 13, telah memilih kawasan di sekitar Masjid Bukit Naga sebagai tempat untuk dijadikan kawasan gotong royong. Program gotong royong ini adalah perintis dan pihak MPP akan menganjurkan lebih banyak lagi aktiviti seumpama ini yang bertujuan untuk mendidik rakyat menjaga kebersihan dan alam sekitar, mencegah pembiakan nyamuk aedes dan memupuk semangat muhibbah sesama penduduk atau kariah di sesuatu tempat.