Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Pesakit Buah Pinggang

Majlis penyampaian bantuan kewangan kepada En Ravichandran, seorang pesakit yang kerosakan kedua-dua buah pinggang telah diadakan di Aparment Rimau Indah pada pukul 4 petang 9 Ogos 2008 . Turut hadir ialah Ahli Majlis Zon 13 iaitu En Soorian. Bantuan adalah sumbangan daripada pihak DUN Sri Muda, penduduk Rimau Indah dan AJK JDM Bukit Rimau bertujuan bagi pemasangan AVF (arteriovenous fistula) di tangan bagi memudahkan En Ravi menjalani dialisis 3 kali seminggu yang perlu dilakukan seumur hidup.

En Ravi akan menjalani pembedahan kecil bagi pemasangan AVF pada pagi 10 Ogos 2008 di sebuah klinik di Klang yang telah ditempah dan diuruskan oleh Pihak JDM Bukit Rimau.

Pihak JDM juga sedang membantu En Ravi dalam menguruskan Pencen Ilat (Socso) dan Pengeluaran Hilang Upaya (KWSP) serta bantuan lain. Isteri beliau juga sudah dua bulan terpaksa berhenti kerja bagi menjaga En Ravi.

Beberapa gambar di majlis tersebut: