Gotong Royong Pencegahan Denggi Taman Jati Indah, Seksyen 32

Pada 9hb November 2008 (8am~12pm), telah berlangsung Gotong Royong Pencegahan Denggi Taman Jati Indah, Seksyen 32 Shah Alam yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa MPP Zon 13, Persatuan Penduduk Taman Jati Indah dan JKKK Kg Bukit Naga. Selain Ahli Majlis Zon 13 iaitu Y.Berusaha En Uthayasoorian a/l Kalimuthu & Y.Berusaha En Buang Bin Hj Ismail (Pengerusi JKKK Kampung Bukit Naga), turut hadir termasuk Y.B. Tuan Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam (ADUN N49 Seri Andalas / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin) serta pegawai-pegawai MBSA.








Aktiviti gotong royong yang dijalankan termasuk pemeriksaan keadaan kebersihan rumah, memotong pokok-pokok, membersihkan longkang tersumbat dan tempat pembiakan nyamuk.





















Pihak MBSA juga mengadakan penerangan tentang denggi, pameran, pengedaran pamplet dan membekalkan penduduk dengan "abate".




Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penduduk yang terlibat termasuk ajk MPP Zon 13 dan JDM Bukit Rimau yang turut hadir bersama-sama menjalankan aktiviti gotong royong. Juga kepada pihak MBSA atas bantuan tenaga kerja dan peralatan.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran MPP Zon 13 & JKKK Kg Bukit Naga

Pada 25hb Oktober 2008 (11am~3pm) yang lalu, telah berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa MPP Zon 13 dengan kerjasama JKKK Kg Bukit Naga bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Bukit Naga yang diketuai oleh tuan rumah iaitu Ahli Majlis Y.Berusaha En Uthayasoorian a/l Kalimuthu & Y.Berusaha En Buang Bin Hj Ismail (Pengerusi JKKK Kampung Bukit Naga). VIP yang turut hadir termasuk Y.B. Tuan Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam (ADUN N49 Seri Andalas / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin), Y.B. Tuan Shuhaimi Bin Shafiei (ADUN N50 Seri Muda) dan Y.Bhg Tuan Mazalan Bin Md. Nor (Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam).









































Selain orang ramai dari pelbagai kaum, turut diraikan 16 orang anak yatim dari Bukit Naga yang juga menerima sumbangan dari individu pemurah.

















Satu majlis kejutan iaitu acara memotong kek sambutan hari kelahiran ke-12 salah seorang anak yatim telah diadakan semasa majlis jamuan. Kek tersebut adalah sumbangan dari ajk JDM Bukit Rimau.











Tahniah kepada jawatankuasa MPP Zon 13 dan JKKK Kampung Bukit Naga kerana telah berjaya mengadakan majlis tersebut.