Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Pesakit Buah Pinggang

Majlis penyampaian bantuan kewangan kepada En Ravichandran, seorang pesakit yang kerosakan kedua-dua buah pinggang telah diadakan di Aparment Rimau Indah pada pukul 4 petang 9 Ogos 2008 . Turut hadir ialah Ahli Majlis Zon 13 iaitu En Soorian. Bantuan adalah sumbangan daripada pihak DUN Sri Muda, penduduk Rimau Indah dan AJK JDM Bukit Rimau bertujuan bagi pemasangan AVF (arteriovenous fistula) di tangan bagi memudahkan En Ravi menjalani dialisis 3 kali seminggu yang perlu dilakukan seumur hidup.

En Ravi akan menjalani pembedahan kecil bagi pemasangan AVF pada pagi 10 Ogos 2008 di sebuah klinik di Klang yang telah ditempah dan diuruskan oleh Pihak JDM Bukit Rimau.

Pihak JDM juga sedang membantu En Ravi dalam menguruskan Pencen Ilat (Socso) dan Pengeluaran Hilang Upaya (KWSP) serta bantuan lain. Isteri beliau juga sudah dua bulan terpaksa berhenti kerja bagi menjaga En Ravi.

Beberapa gambar di majlis tersebut:


















Karnival Memancing & Kempen Menderma Darah Amal Merdeka 2008


Jemputan ke Karnival

Polis Bersama Komuniti


HOTLINE : 03-55102220

Majlis Penyampaian Bantuan Beras, Gula & Susu

Majlis penyampaian bantuan kepada 35 keluarga yang memerlukan termasuk ibu tunggal dan bapa tunggal bagi kawasan JDM Bukit Rimau telah diadakan di Aparment Rimau Indah dan Apartment Rimau Perdana pada 2 Julai 2008 yang lalu sempena sambutan 100 hari pentabdiran kerajaan baru Selangor. Bantuan berupa beras, gula dan susu telah disampaikan oleh ketua JDM Bukit Rimau iaitu Sdr Fauzi di kedua-dua tempat pada masa yang berasingan.

Beberapa gambar di majlis bertempat di Apartment Rimau Indah:




Beberapa gambar di majlis bertempat di Apartment Rimau Perdana:


Majlis Pecah Tanah & Doa Selamat Surau An-Namira Bukit Rimau

YB Shuhami melakukan upacara Pecah Tanah dengan menggunakan jentera pengaut
Penantian lapan tahun penduduk Islam Bukit Rimau yang mengimpikan terbangunnya surau di kariah mereka kini sudah hampir berakhir.

Hari ini, Ahad 29 Jun 2008, Adun Sri Muda, YB Shuhami menghadiri serta menyempurnakan Majlis Pecah Tanah & Doa Selamat Surau An-Namira Bukit Rimau bagi menandakan bermulanya pembangunan fizikal surau tersebut.

Dalam ucapannya sebelum melakukan upacara pecah tanah tersebut, YB Shuhaimi mengingatkan ahli kariah supaya sentiasa bersatu padu dalam mempertingkatkan ukhwah islamiah tanpa mengambil kira kecenderungan fahaman politik masing-masing. Selaku pusat kegiatan Islam setempat, institusi surau dan masjid haruslah merupakan satu institusi yang bebas dari sebarang pengaruh politik yang dikhuatiri mampu mengganggu gugat kesejahteraan setempat.

YB Shuhaimi (kanan) mengaminkan doa yang dipimpin oleh Ustaz Sobri (kiri)
Islam, menurut beliau, menuntut penganutnya sentiasa mengambil berat tentang kebajikan jiran. Penganut adalah dipertanggungjawabkan agar sentiasa memastikan kebajikan jiran tanpa mengambilkira anutan agama masing-masing. Berdasarkan ajaran itu, fahaman politik yang berbeza dikalangan jiran tidak harus dijadikan sebab untuk tidak mengimarahkan institusi surau.

Surau An-Namira, apabila siap nanti, disyorkan supaya menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan disamping turut cergas mengendalikan aktiviti-aktiviti yang bercorak kemasyarakatan.

Bercakap bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor pula, beliau memaklumkan bahawa pihak kerajaan disamping meneruskan dasar kerajaan dahulu yang mensyaratkan kemudahan surau disediakan oleh pemaju masing-masing, ianya kini mengambil sikap yang lebih terbuka dalam hal pembangunan rumah-rumah ibadat bagi penganut agama-agama lain.

Tambah beliau, ujudnya rumah-rumah ibadat untuk setiap penganutnya adalah sesuatu yang dapat menjamin kebebasan serta kesejahteraan masyarakat dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Beliau mengakhiri ucapan dengan mengajak ahli kariah menyumbangkan dana kepada Jawatankuasa Pembangunan Surau bagi membolehkan Jawatankuasa tersebut melengkapkan kemudahan surau apabila siap nanti. Untuk tujuan itu, sumbangan pejabat Adun Sri Muda sebanyak RM1,000 telahpun dijanjikan.

Hadirin menikmati jamuan yang disediakan secara "potluck"
Surau An-Namira dijangka siap dalam tempoh 16 minggu (akhir bulan Oktober 2008). Rekabentuknya adalah mengikut citarasa Ahlijawatankuasa Pembangunan Surau An-Namira yang terdiri dari kalangan ahli kariah. Ianya kini dibangunkan atas pembiayaan pemaju Bukit Rimau hasil dari rundingan dengan Jawatankuasa Pembangunan An-Namira sejak dua tahun lalu.

Jasni AJ

Sila lawati http://annamira.blogspot.com/ untuk liputan bergambar.

Sambutan 100 hari Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor


Semua dijemput hadir.

Tiang Lampu Tumbang di Persiaran Sg Selangor

Pihak JDM Bukit Rimau telah melaporkan kejadian tiang lampu tumbang di Persiaran Sg Selangor yang dilanggar kenderaan kepada pihak berwajib (MBSA). Tiang tersebut telah dialihkan pada petang 9 Jun 2008 yang lalu.
Pada malam yang sama juga, lampu jalan di Persiaran Sg Selangor dan Jln Sg Congkak 32/42, 47 & 48 telah pulih dan menyala seperti biasa.