JDM Bukit Rimau merangkumi beberapa buah taman2 iaitu Bukit Rimau, Berjaya Park, Kemuning Greenville, Kemuning Greenhills2, Rimau Indah, Rimau Perdana & Taman Bukit Kemuning. Antara fungsi2 JDM: 1) Memastikan segala permasalahan penduduk setempat dibawa ke pengetahuan PBT & DUN dan tindakan susulan perlu diambil untuk memastikan kebajikan penduduk setempat tidak diabaikan. 2) Memastikan saluran maklumat pihak kerajaan negeri untuk rakyat dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan kepada setiap penduduk setempat. 3) Memastikan hubungan akrab dan persefahaman di antara wakil DUN, PBT & Kerajaan Negeri dengan penduduk setempat dikukuhkan dengan menyusun program2 bersama untuk memberi peluang proses berkomunikasi secara terus dan telus dapat direalisasikan. 4) Mewujudkan dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kariah antara taman2 dan juga hubungan di antara kaum2 yg berbilang bangsa iaitu Melayu, Cina dan India dengan menyusun program2 yang melibatkan penglibatan semua kaum. 5) Memastikan segala salah-laku atau ketidak-adilan pihak kerajaan negeri dapat disuarakan secara terus kepada pihak atasan tanpa ada apa2 sekatan demi untuk kebaikan dan kebajikan rakyat. Insyaallah, JDM Bukit Rimau akan berkerjasama dengan kesemua Persatuan2 Penduduk di dalam JDM ini & kesemua cawangan2 PAS di dalam JDM ini, dengan hasrat satu suara dan platform yang cukup kuat dapat diwujudkan untuk menjaga kebajikan penduduk setempat dan semoga hubungan akrab sesama masyarakat dapat diperluaskan lagi melangkaui sempadan kariah masing2. Peluang yang ada dapat kita gunakan untuk mengenali masyarakat di taman2 lain dan kita jadikan UPU (Unit Peti Undi) Bukit Rimau di Sek Keb Bkt Rimau sebagai platform utk mewujudkan hubungan kekeluargaan di antara taman2 yang berlainan di dalam JDM ini.
Ahli-ahli Jawatankuasa JDM Bukit Rimau
Ketua: En. Muhamad Fauzi Mukhtar (Bkt Rimau)
T Ketua 2: En. Song Soon Guan (Bkt Rimau) T Ketua 3: En. Madhivanan a/l Chellamuthu (Kemuning Greenville) Setiausaha: En: Abdul Rahim Sidek (Berjaya Park) Bendahari: En: Jafri Nordin (Bkt Rimau) Ketua Penerangan : En. Hassan Ali (Rimau Indah) Ketua Wanita: Pn. Mary Thomas (Kemuning Greenhills2) Ketua Pemuda: En. Sharul Nizam Saleh (Rimau Indah) AJK : : En. Jasni Abdul Jalil (Bkt Rimau) : Hj Noor Azman Arshad (Bkt Rimau) : En. Oon Eng Hock (Bkt Rimau) : En. Mohamad Zaky Arifin (Berjaya Park) : En. Johari Wel (Rimau Indah/Tmn Bkt Kemuning) : En. Rafi Samad (Rimau Indah/Tmn Bkt Kemuning) : En. Doraisamy (Kemuning Greenville) : En. James Thomas (Kemuning Greenhills2) : En. David Thomas (Kemuning Greenhills2) : En. Md. Zahariffuddin Md Arif (Rimau Perdana)
No comments:
Post a Comment