Karnival Sukan MPP Zon 13 & JDM Bukit Rimau 2008


Pada 13~14 Dis 2008 yang lalu, telah berlangsung Karnival Sukan MPP Zon 13 & JDM Bukit Rimau 2008.

Acara sukan yang pertandingkan adalah:
1) Sukan Ping Pong
2) Sukan Badminton
3) Sukan Bola Sepak
4) Sukan Sepak Takraw
5) Sukan Bola Jaring
Aturcara Perasmian : Sabtu 13 Dis 2008, 8 pagi bertempat di Dewan MBSA Bukit Naga

Ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis.

Ucapan aluan oleh En. Muhamad Fauzi Mukhtar, Pengarah Karnival Sukan.

Ucapan oleh Y.Berusaha Tuan Uthayasoorian a/l Kalimuthu, Ahli Majlis MPP Zon 13.
Karnival telah dirasmikan pada 13 Dis 2008 oleh Y.Bhg Tuan Haji Roslan Bin Haji Darus, Timbalan Setiausaha, Majlis Bandaraya Shah Alam.
Perasmian (menarik riben Banting) oleh Y.Bhg Tuan Haji Roslan Bin Haji Darus.

Penyampaian cenderahati (door gift) oleh Y.Bhg Tuan Haji Roslan Bin Haji Darus, Timbalan Setiausaha, Majlis Bandaraya Shah Alam kepada para Penyelaras sukan.
Penyampaian cenderahati oleh Y.Berusaha Tuan Uthayasoorian a/l Kalimuthu
Ahli Majlis MPP Zon 13 kepada Y.Bhg Tuan Haji Roslan Bin Haji Darus, Timbalan Setiausaha, Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sarapan pagi
Acara sukan bermula sekitar 9 pagi.
Sukan badminton bertempat di Dewan MBSA Jalan Kebun.



Sukan bola jaring bertempat di padang Taman Berjaya.

Sukan bola sepak bertempat di padang Taman Greenville.

Sukan Sepak Takraw bertempat di Dewan MBSA Bukit Naga.

Sukan Ping Pong bertempat di Dewan MBSA Bukit Naga.
Aturcara Penutup : Ahad 14 Dis 2008, 9 pagi bertempat di Dewan MBSA Bukit Naga

Telah berlangsung Perlawanan Akhir - Ping Pong

Telah berlangsung Perlawanan Akhir - Takraw

Telah berlangsung Perlawanan Akhir - Badminton

Ucapan penutup oleh
En. Muhamad Fauzi Mukhtar
Pengarah Karnival Sukan
Ucapan oleh
Y.B. Tuan Shuhaimi Bin Shafiei ADUN N50 Sri Muda
Penyampaian hadiah & sijil oleh
Y.B. Tuan Shuhaimi Bin ShafieiADUN N50 Sri Muda

Penyampaian sijil penyertaan oleh Y.Berusaha Tuan Uthayasoorian a/l Kalimuthu
Ahli Majlis MPP Zon 13, kepada para Penyelaras sukan
Penyampaian cenderahati oleh Y.Berusaha Tuan Uthayasoorian a/l Kalimuthu
Ahli Majlis MPP Zon 13 kepada Y.B. Tuan Shuhaimi Bin Shafiei
Jamuan ringan & bersurai.

Tahniah kepada jawatankuasa MPP Zon 13 dan JDM Bukit Rimau kerana telah berjaya mengadakan karnival sukan tersebut.

Lawatan ke rumah En Alwi di Tmn Bkt Kemuning

Lawatan pihak Wanita DUN Sri Muda & JDM Bkt Rimau ke rumah En Alwi di Taman Bukit Kemuning pada 18 Nov, 2008 yang lalu.

Pihak Wanita DUN diketuai oleh Puan Rohana & JDM Bkt Rimau oleh Ketua JDM, Muhamad Fauzi Mukhtar.

En Alwi menghidapi penyakit stroke sejak 2 bulan yang lalu dan tidak dapat bergerak kerana lumpuh sebelah badan. Beliau adalah bekas pekerja di MPK (Majlis Perbandaran Klang). Isteri beliau pula menghidapi penyakit sakit buah pinggang dan beliau juga tidak dapat bergerak cergas. Kedua pasangan ini dijaga oleh 3 org anak mereka.

Pihak DUN memberi sedikit bantuan makanan sewaktu lawatan ini dan seterusnya pihak DUN akan mendapatkan bantuan dari pihak yang berkenaan untuk meringankan beban keluarga ini.

Sambutan Hari Raya Aidil Adha 8 Dis 2008

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha pada 8hb Disember 2008 yang lalu, telah berlangsung Majlis ibadah kurban yang dijalankan di beberapa kawasan di JDM Bukit Rimau termasuk Rimau Perdana, Taman Bukit Kemuning, Taman Berjaya dan Rimau Indah.

Taman Berjaya


Taman Bukit Kemuning


Rimau Indah


Pada malam sebelum Hari Raya Aidil Adha, telah berlaku kejadian lembu terlepas dari Rimau Indah beberapa minit setelah penghantaran dan penyerahan lembu kepada wakil Rimau Indah & Rimau Perdana dibuat pada pukul 8 malam.


Atas inisiatif penduduk Rimau Indah, gerakan mencari dijalankan dan akhirnya lembu tersebut dijumpai di sebelah Lebuh Raya KESAS.
Lembu tersebut telah melompat palang dan memasuki lebuh raya sehingga ke laluan ketiga tetapi talinya telah tersangkut pada palang yang menyebabkan ia menuju kembali ke laluan motorsikal dan melilit 2 motorsikal milik penduduk yang mengekorinya. Alhamdulillah, tiada kemalangan yang berlaku dari insiden ini.

Pihak KESAS telah datang membantu & pihak bomba juga telah ditelefon bagi membantu mengawal keadaan.



Pihak bomba telah berjaya melepaskan lilitan tali dari kedua-dua motorsikal dan menambat lembu tersebut ke sebatang pokok.



Motosikal-motosikal yang rosak.

Dengan kerjasama semua, lembu tersebut telah selamat dinaikkan ke lori dan dihantar semula ke Rimau Indah pada kira-kira jam 12 tengah malam.


Alhamdulillah, keesokan harinya majlis korban telah selamat disempurnakan di Rimau Indah.



Ribuan terima kasih diucapkan kepada YB Shuhaimi di atas sumbangan korban ini.