Pada malam 18hb Oktober 2008 yang lalu, telah berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Penduduk Apartment Rimau Indah. Majlis telah berlangsung di perkarangan padang permainan Rimau Indah. Seluruh penduduk Apartment Rimau Indah tanpa mengira kaum dan agama telah hadir untuk memeriahkan majlis.
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Surau Al-Amin, Berjaya Park
Pada 18hb Oktober 2008 yang lalu, telah berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Surau Al-Amin, Taman Berjaya. Majlis telah berlangsung di perkarangan surau. Seluruh penduduk Taman Berjaya tanpa mengira kaum dan agama telah hadir untuk memeriahkan majlis. Semua juadah kebanyakannya telah disediakan oleh AJK surau sendiri.


.png)
.png)
.png)
.png)

.png)
.png)
.png)
.png)
Solat Tarawikh di Surau Taman Bukit Kemuning
Majlis Berbuka Puasa Kariah Surau An-Namira, Taman Bukit Rimau
Pada 7 Sept 2008 bersamaan 7 Ramadhan 1429, Kariah An-Namira (Taman Bukit Rimau) dikunjungi YB Shuhaimi dan beberapa wakil DUN Sri Muda untuk majlis berbuka puasa.
Sila klik http://annamira.blogspot.com/2008/09/buka-puasa-bersama-yb.html untuk laporan bergambar.
Sila klik http://annamira.blogspot.com/2008/09/buka-puasa-bersama-yb.html untuk laporan bergambar.
Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Pesakit Buah Pinggang
Majlis penyampaian bantuan kewangan kepada En Ravichandran, seorang pesakit yang kerosakan kedua-dua buah pinggang telah diadakan di Aparment Rimau Indah pada pukul 4 petang 9 Ogos 2008 . Turut hadir ialah Ahli Majlis Zon 13 iaitu En Soorian. Bantuan adalah sumbangan daripada pihak DUN Sri Muda, penduduk Rimau Indah dan AJK JDM Bukit Rimau bertujuan bagi pemasangan AVF (arteriovenous fistula) di tangan bagi memudahkan En Ravi menjalani dialisis 3 kali seminggu yang perlu dilakukan seumur hidup.




En Ravi akan menjalani pembedahan kecil bagi pemasangan AVF pada pagi 10 Ogos 2008 di sebuah klinik di Klang yang telah ditempah dan diuruskan oleh Pihak JDM Bukit Rimau.
Pihak JDM juga sedang membantu En Ravi dalam menguruskan Pencen Ilat (Socso) dan Pengeluaran Hilang Upaya (KWSP) serta bantuan lain. Isteri beliau juga sudah dua bulan terpaksa berhenti kerja bagi menjaga En Ravi.
Beberapa gambar di majlis tersebut:
Subscribe to:
Posts (Atom)