Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran MPP Zon 13 & JKKK Kg Bukit Naga

Pada 25hb Oktober 2008 (11am~3pm) yang lalu, telah berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa MPP Zon 13 dengan kerjasama JKKK Kg Bukit Naga bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Bukit Naga yang diketuai oleh tuan rumah iaitu Ahli Majlis Y.Berusaha En Uthayasoorian a/l Kalimuthu & Y.Berusaha En Buang Bin Hj Ismail (Pengerusi JKKK Kampung Bukit Naga). VIP yang turut hadir termasuk Y.B. Tuan Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam (ADUN N49 Seri Andalas / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin), Y.B. Tuan Shuhaimi Bin Shafiei (ADUN N50 Seri Muda) dan Y.Bhg Tuan Mazalan Bin Md. Nor (Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam).









































Selain orang ramai dari pelbagai kaum, turut diraikan 16 orang anak yatim dari Bukit Naga yang juga menerima sumbangan dari individu pemurah.

















Satu majlis kejutan iaitu acara memotong kek sambutan hari kelahiran ke-12 salah seorang anak yatim telah diadakan semasa majlis jamuan. Kek tersebut adalah sumbangan dari ajk JDM Bukit Rimau.











Tahniah kepada jawatankuasa MPP Zon 13 dan JKKK Kampung Bukit Naga kerana telah berjaya mengadakan majlis tersebut.



Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Apartment Rimau Indah

Pada malam 18hb Oktober 2008 yang lalu, telah berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Penduduk Apartment Rimau Indah. Majlis telah berlangsung di perkarangan padang permainan Rimau Indah. Seluruh penduduk Apartment Rimau Indah tanpa mengira kaum dan agama telah hadir untuk memeriahkan majlis.





Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Surau Al-Amin, Berjaya Park

Pada 18hb Oktober 2008 yang lalu, telah berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Surau Al-Amin, Taman Berjaya. Majlis telah berlangsung di perkarangan surau. Seluruh penduduk Taman Berjaya tanpa mengira kaum dan agama telah hadir untuk memeriahkan majlis. Semua juadah kebanyakannya telah disediakan oleh AJK surau sendiri.












Selamat Hari Raya Aidil Fitri

JDM Bukit Rimau Mengucapkan

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri"

"Maaf Zahir & Batin".

Beberapa gambar pemasangan banner ucapan selamat hari raya.







Solat Tarawikh di Surau Apartment Rimau Indah

Pada 13 Sept 2008 bersamaan 13 Ramadhan 1429, Kariah Surau Apartment Rimau Indah dikunjungi wakil JDM Bukit Rimau bagi mewakili YB Shuhaimi untuk bersama-sama menunaikan solat tarawikh.





Ketua JDM, Sdr Fauzi menyerahkan sumbangan kepada pihak Surau Apartment Rimau Indah


Jamuan moreh

Solat Tarawikh di Surau Taman Bukit Kemuning

Pada 7 Sept 2008 bersamaan 7 Ramadhan 1429, Kariah Surau Taman Bukit Kemuning dikunjungi YB Shuhaimi dan beberapa wakil DUN Sri Muda untuk bersama-sama menunaikan solat tarawikh.





YB Shuhaimi menyerahkan sumbangan kepada pihak Surau Taman Bukit Kemuning

Jamuan moreh



Majlis Berbuka Puasa Kariah Surau An-Namira, Taman Bukit Rimau

Pada 7 Sept 2008 bersamaan 7 Ramadhan 1429, Kariah An-Namira (Taman Bukit Rimau) dikunjungi YB Shuhaimi dan beberapa wakil DUN Sri Muda untuk majlis berbuka puasa.

Sila klik http://annamira.blogspot.com/2008/09/buka-puasa-bersama-yb.html untuk laporan bergambar.