Lawatan ke rumah En Alwi di Tmn Bkt Kemuning

Lawatan pihak Wanita DUN Sri Muda & JDM Bkt Rimau ke rumah En Alwi di Taman Bukit Kemuning pada 18 Nov, 2008 yang lalu.

Pihak Wanita DUN diketuai oleh Puan Rohana & JDM Bkt Rimau oleh Ketua JDM, Muhamad Fauzi Mukhtar.

En Alwi menghidapi penyakit stroke sejak 2 bulan yang lalu dan tidak dapat bergerak kerana lumpuh sebelah badan. Beliau adalah bekas pekerja di MPK (Majlis Perbandaran Klang). Isteri beliau pula menghidapi penyakit sakit buah pinggang dan beliau juga tidak dapat bergerak cergas. Kedua pasangan ini dijaga oleh 3 org anak mereka.

Pihak DUN memberi sedikit bantuan makanan sewaktu lawatan ini dan seterusnya pihak DUN akan mendapatkan bantuan dari pihak yang berkenaan untuk meringankan beban keluarga ini.

Sambutan Hari Raya Aidil Adha 8 Dis 2008

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha pada 8hb Disember 2008 yang lalu, telah berlangsung Majlis ibadah kurban yang dijalankan di beberapa kawasan di JDM Bukit Rimau termasuk Rimau Perdana, Taman Bukit Kemuning, Taman Berjaya dan Rimau Indah.

Taman Berjaya


Taman Bukit Kemuning


Rimau Indah


Pada malam sebelum Hari Raya Aidil Adha, telah berlaku kejadian lembu terlepas dari Rimau Indah beberapa minit setelah penghantaran dan penyerahan lembu kepada wakil Rimau Indah & Rimau Perdana dibuat pada pukul 8 malam.


Atas inisiatif penduduk Rimau Indah, gerakan mencari dijalankan dan akhirnya lembu tersebut dijumpai di sebelah Lebuh Raya KESAS.
Lembu tersebut telah melompat palang dan memasuki lebuh raya sehingga ke laluan ketiga tetapi talinya telah tersangkut pada palang yang menyebabkan ia menuju kembali ke laluan motorsikal dan melilit 2 motorsikal milik penduduk yang mengekorinya. Alhamdulillah, tiada kemalangan yang berlaku dari insiden ini.

Pihak KESAS telah datang membantu & pihak bomba juga telah ditelefon bagi membantu mengawal keadaan.



Pihak bomba telah berjaya melepaskan lilitan tali dari kedua-dua motorsikal dan menambat lembu tersebut ke sebatang pokok.



Motosikal-motosikal yang rosak.

Dengan kerjasama semua, lembu tersebut telah selamat dinaikkan ke lori dan dihantar semula ke Rimau Indah pada kira-kira jam 12 tengah malam.


Alhamdulillah, keesokan harinya majlis korban telah selamat disempurnakan di Rimau Indah.



Ribuan terima kasih diucapkan kepada YB Shuhaimi di atas sumbangan korban ini.

Gotong Royong Pencegahan Denggi Taman Jati Indah, Seksyen 32

Pada 9hb November 2008 (8am~12pm), telah berlangsung Gotong Royong Pencegahan Denggi Taman Jati Indah, Seksyen 32 Shah Alam yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa MPP Zon 13, Persatuan Penduduk Taman Jati Indah dan JKKK Kg Bukit Naga. Selain Ahli Majlis Zon 13 iaitu Y.Berusaha En Uthayasoorian a/l Kalimuthu & Y.Berusaha En Buang Bin Hj Ismail (Pengerusi JKKK Kampung Bukit Naga), turut hadir termasuk Y.B. Tuan Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam (ADUN N49 Seri Andalas / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin) serta pegawai-pegawai MBSA.








Aktiviti gotong royong yang dijalankan termasuk pemeriksaan keadaan kebersihan rumah, memotong pokok-pokok, membersihkan longkang tersumbat dan tempat pembiakan nyamuk.





















Pihak MBSA juga mengadakan penerangan tentang denggi, pameran, pengedaran pamplet dan membekalkan penduduk dengan "abate".




Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penduduk yang terlibat termasuk ajk MPP Zon 13 dan JDM Bukit Rimau yang turut hadir bersama-sama menjalankan aktiviti gotong royong. Juga kepada pihak MBSA atas bantuan tenaga kerja dan peralatan.